TULISAN TANGAN KIRI...

[BELOG INI AKU TAK HARAP ORANG FAHAM ATAU JERIT 'TAK FAHAM!!!']
*sesi bercakap dengan diri sendiri.
*tuan puan nak kata apa, akutakpeduli!
"Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, begitu aturan Tuhan...."

Ahad, 10 Oktober 2010

kosong itu satu rasa

banyak yang tertulis tak mampu nak tertaip.
banyak rasa tak mampu nak terluah.
banyak bahasa tak mampu nak berkata.
banyak bayang tak pandai nak digambar.

kehidupan memang begini ke?
terkadang rasa hidup ini mati.
walau tak tahu bagaimana itu mati.
tapi rasa mati dalam kehidupan.

pelik.

inspirasi itu mencurah rasa yang melimpah.
tapi kadang-kadang ianya kosong.
tak terasa apa.

jiwa mati.
hati kacau.
akal pejam.
naluri bingung.

seluruh sistem 'down'...

Jumaat, 1 Oktober 2010

kata dari jiwa mencari sesuatu

aku paling benci peribadi aku diulang tayang di sana sini.
aku paling benci bila rasa ku, semua itu disoal ‘kenapa?’.
aku paling benci saat aku berdiam diri, mereka pula lantang berkata-kata kosong.
aku paling benci untuk merasa terpaksa.

aku bukan manusia hebat yang mampu selalu tersenyum.
aku bukan manusia terhormat yang boleh selalu berkata ya pada yang tidak.

aku cuma manusia yang pernah aku pesongkan hidup ini kepada yang tak wajar.
aku cuma manusia yang cuba bertatih bangun dari kejatuhan lampau.

aku ini jiwa ku cukup halus bagi yang mendalami.
aku ini tidak ada apa yang boleh kau banggakan.

yang aku punyai hanya ‘releven’.
yang tidak aku mahu ‘bila hati dan akal tidak sehaluan’.
yang aku butuhkan ‘jawapan dari segala persoalan’.

dan yang cuma aku tahu adalah aku masih tetap aku.
terpatri di sini sebagai seorang aku.